Apakah itu Job Order (Pesanan Kerja)?
Job Order (Pesanan Kerja) adalah salah satu item tambahan yang disediakan oleh TreezSoft kepada pengguna perisian perakaunan kami. Ia adalah arahan bertulis untuk pekerja atau pemilik kedai menyediakan perkhidmatan tertentu. Satu pesanan kerja merekodkan kos buruh langsung dan bahan yang sebenarnya digunakan untuk setiap kerja. Ia membantu pekerja dan pemilik kedai untuk menjejaki kemajuan kerja juga. Sistem Pesanan Kerja wujud untuk memudahkan kemajuan kerja penyedia perkhidmatan dan keberkesanan operasi harian.
Pesanan Kerja sangat berguna untuk syarikat penyedia perkhidmatan seperti sub-kontraktor dan syarikat pembersihan untuk menjejaki kos pengeluaran mereka dan kemajuan terhadap kerja yang dilakukan.
Secara ringkas, Pesanan Order digunakan sebagai dokumentasi untuk merekod kos inventori kerja dalam proses, kos barang yang dijual dan inventori barang siap. Ia juga boleh menjejaki kemajuan kerja ahli pasukan anda dari semasa ke semasa.

Pesanan kerja dalam TreezSoft
Sistem pesanan kerja adalah salah satu daripada banyak item tambahan yang disediakan oleh perisian perakaunan awan TreezSoft untuk pengguna. Sistem pesanan kerja dalam perakaunan awan TreezSoft menjadi lebih mudah dengan secara automatik mengintegrasikan pesanan kerja ke dalam akaun anda dalam perisian perakaunan kami.
Faedah
Apabila menggunakan item tambahan Pesanan Kerja selepas melanggan perakaunan awan TreezSoft, maklumat dan invois pelanggan anda akan secara automatik disepadukan antara halaman pesanan kerja dan perisian perakaunan TreezSoft. Anda hanya perlu memasukkan maklumat pelanggan anda sekali dalam perisian perakaunan dan mereka akan muncul di skrin pesanan kerja juga.
Begitu juga, anda hanya perlu membuat sekali pesanan kerja dan invois pelanggan yang berkaitan akan direkodkan dalam perisian perakaunan juga. Anda akan dapat menyelesaikan dua perkara dengan satu tindakan.
Satu lagi manfaat Pesanan Kerja dalam TreezSoft adalah ia membolehkan anda mengatur jadual kerja anda dengan mudah untuk mengurangkan kemungkinan terlepas sebarang pesanan kerja.
Perakaunan anda dengan TreezSoft akan menjadi lebih mudah apabila menggunakan Pesanan Kerja. Dengan item tambahan ini, anda hanya perlu memasukkan sekali sahaja aktiviti operasi perniagaan harian anda dan semua rekod akan direkodkan secara automatik dalam perakaunan anda. Mengapa perlu memasukkan rekod dua kali?
Anda boleh dengan mudah membuat Pesanan Kerja di TreezSoft dengan mengikuti panduan mudah kami tentang "Cara membuat Pesanan Kerja?"

Siapa yang akan mendapat manfaat paling banyak daripada sistem pesanan kerja?
Terdapat juga 2 jenis modul Pesanan Kerja yang tersedia dalam TreezSoft, untuk memenuhi pelbagai model perniagaan: 1) untuk jenis perniagaan umum, 2) jenis perniagaan Perkhidmatan & Pembaikan Elektronik. Anda boleh memilih, mengedit atau melihat jenis perniagaan Pesanan Kerja anda dengan merujuk kepada pos blog kami tentang Cara mengedit jenis perniagaan?.
Jenis-jenis perniagaan umum dalam sistem Pesana Kerja termasuk syarikat pembersihan, syarikat pemasangan bumbung, syarikat penyelenggaraan lantai dan lain-lain. Jenis perniagaan penyelenggaraan dan pembaikan termasuk syarikat penyelenggaraan kereta, penyedia perkhidmatan pembaikan komputer atau telefon dan sebagainya.
Syarikat-syarikat ini kemungkinan besar akan mendapat manfaat daripada sistem pesanan kerja sambil melanggan TreezSoft.
Dengan bantuan sistem Pesanan Kerja dalam TreezSoft, syarikat anda akan dapat menjejaki kemajuan kerja mereka dan mengeluarkan invois kepada pelanggan dengan tepat. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan profesionalisme syarikat anda apabila mendekati pelanggan dan menerangkan kemajuan kerja anda kepada mereka. Sistem Pesanan Kerja dalam TreezSoft juga akan meningkatkan kecekapan proses operasi perniagaan harian anda dengan ketara.
Anda boleh terus membaca tentang add-on di blog TreezSoft melalui pautan-pautan ini:
TreezSoft adalah perisian perakaunan awan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ia membolehkan anda mengakses maklumat kewangan anda pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ia juga membolehkan anda mempunyai pengguna tanpa had secara PERCUMA untuk akaun anda di TreezSoft. Matlamat kami adalah untuk membantu mengurangkan masa yang dihabiskan oleh pelanggan kami untuk perakaunan terutamanya dengan menggunakan proses automatik dan integrasi kami untuk membantu meningkatkan kecekapan syarikat mereka dengan kos yang minimum. PKS boleh menggunakan TreezSoft untuk menjejaki perbelanjaan, akaun, operasi harian seperti sistem Point of Sales (iaitu QPOS) dan lain-lain.
Lawati TreezSoft di http://www.treezsoft.com/ untuk mendaftar akaun percubaan selama 30 hari bersama kami!
Anda juga boleh menghantar emel kepada kami di [email protected] untuk pertanyaan lanjut.